Misi Bantuan PKPB Zon Kampung Baru
Oleh Nurul Nadiyah KAMPUNG BARU, Isnin - PAS Kawasan Titiwangsa Zon Kampung Baru menyerahkan Sumbangan Pek Bidara dan barangan dapur kepada 70 orang penerima sumbangan di PASTI Muhammad Al-Fateh pagi semalam. Sumbangan disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman Hamzah, Ketua Zon Kg Baru bersama Ustaz Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa. Turut bersama ialah Puan Khairi Syutina...
Misi Bersama NGO, Azhar Care Diteruskan
Oleh Hedzer Ibrahim TITIWANGSA, Isnin - Team Sukarelawan PAS Zon Kg. Pandan bersama Team NGO Azhar Care telah menyampaikan sumbangan Bantuan Covid-19 kepada 20 penerima yang merupakan penghuni di PPR Laksamana pagi semalam. Sumbangan merupakan barangan keperluan harian seperti beras, telur ayam, minyak masak, kicap dan susu pekat. Untuk makluman umum, Azhar Care merupakan sebuah NGO kebajikan dan dakwah. Badan NGO ini...
PAS Kawasan Silam santuni asnaf, beri juadah iftar
Oleh : Yusrizal Baco 11 Mei 2020 LAHAD DATU : PAS Kawasan Silam telah mengedarkan juadah berbuka puasa kepada 30 golongan asnaf di sekitar Kampung Terusan, Kampung Tabanak dan Kampung Sarip semalam. Tujuan edaran juadah iftar diberikan kepada golongan asnaf adalah untuk menyantuni dan bersuai kenal dengan lebih rapat lagi bersama mereka. Edaran tersebut diketuai oleh Komandan Jabatan Amal Kawasan Silam, Nizam Latuah...
Pemuda PAS Dan Amal Jasin Edar Bubur Lambuk Untuk Masyarakat Setempat.
Oleh : Abu Fadhil JASIN : Pemuda PAS Kawasan Jasin bersama Jabatan Amal Jasin telah mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk setempat terutamanya kepada jentera barisan hadapan menentang Covid-19 di sini petang tadi. Program yang dipimpin oleh Ketua Jabatan Amal Jasin, Muhammad Fauzee Mohamed itu bermula pada jam 3.00 petang dengan berkumpul dan mengambil bubur di Umbai, Jasin. Fauzee bersama kepimpinan Pemuda...
PAS Kawasan Alor Gajah Anjur Program Infak Ramadan
Oleh : Ibnu Janie ALOR GAJAH : PAS Kawasan Alor Gajah telah menganjurkan 'Program Infak Ramadan 2020' yang diadakan bersempena kehadiran bulan Ramadan. Agihan telah disempurnakan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin di sini semalam. Menurut Syahbudin hasil sumbangan berbentuk wang dan makanan asas ini adalah sumbangan daripada kalangan ahli PAS kawasan Alor Gajah. Penerima sumbangan...
Kerjasama PAS dan NGO Sandakan jayakan misi kebajikan asnaf
Oleh : Muhammad Salman Darwis 11 Mei 2020 SANDAKAN : Buat julung kalinya PAS telah bekerjasama dengan beberapa NGO Sandakan dalam misi bantuan barangan dapur dan keperluan asas kepada asnaf di daerah ini. Antara NGO yang terlibat dalam misi berkenaan ialah Belia USIA, Pemuda ISMA, Majlis Guru Besar Sandakan, Rak Asnaf Masjid Jamek, HALUAN, Pertubuhan Bela Batu Sapi dan banyak lagi. Timbalan Pesuruhjaya...
PAS Libaran turun ke pulau agih bantuan
Oleh : Nur Ridwan Asmi 11 Mei 2020 SANDAKAN : Dewan Pemuda PAS Kawasan Libaran (DPPKL) hari ini turun ke lapangan untuk mengagihkan bantuan di dua tempat dalam program Ramadan 4 Marhaen (R4M) di sini, kelmarin. 100 pek keperluan barangan dapur telah diedarkan di Kampung Kebun Cina dan juga Kampung Pulau Libaran yang kebanyakan penduduk di sini telah terputus bekalan makanan seja...
Peringatan Badar al-Kubro (Siri 1)
Peringatan Badar al-Kubro (Siri 1) PERANG bukanlah perkara yang asing bagi bangsa Arab. Mereka berperang sekalipun atas perkara yang kecil demi menjaga nama baik dan kepentingan kabilah masing-masing. Namun kebiasaan ini jelas semakin pudar dengan zahirnya Islam sebagai agama yang bernegara sehingga keyakinan di dalam hati dan kefahaman kebenaran Islam dipertahankan melalui kekuatan politik dan senjata. Pengikut Baginda di Makkah telah...
Semarak Kasih Ramadhan Santuni Penduduk Terjejas
KANGAR : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis menerusi Program Semarak Kasih Ramadhan, telah menyampaikan sumbangan kepada para penduduk yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tadabbur Al-Quran : Surah Al-Ahzab: Siri 18
Tadabbur Al-Quran : Surah Al-Ahzab: Siri 18 Ayat 41-44: Zikir : Pintu Rahmat dan Syurga Ilahi Firman Allah serta terjemahannya: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلاً Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang. هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ...