Home Artikel PAS Perlis

Semarak Kasih Ramadhan Santuni Penduduk Terjejas

246
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) DMPM dan DMPNPs menerusi Program Semarak Kasih Ramadhan, telah menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.

Dalam program yang berlangsung semalam, seramai 30 orang penerima telah menerima sumbangan berupa wang ringgit dan barangan dapur.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi LKK Dewan Muslimat PAS Malaysia Dr.’Uyun Abd Malek.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Setiausaha LKK DMPM Pn.Zuriati Ya’akob,  Pengerusi LKK DMPNPs Jaliah Mohd Zakhir, Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis Amirul Jufri Mat Saman dan Pengarah Briged Muslimat Negeri Perlis Izzati Shahrim

Menurut Jaliah, selain Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis dan Briged Muslimat Negeri Perlis, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada Muslim Care dalam menjayakan program berkenaan.

“Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada LKK DMPK Kangar, Arau dan Padang Besar yang sudi menjadi tuan rumah serta turut sama menjayakan program pada kali ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.