Tahniah! Dewan Pemuda PAS Pahang anjur majlis sambutan Hari Guru cara ‘terbuka’

Oleh: KHAULAH AL AZWAR KUANTAN, 19 Mei - Buat julung kalinya, sambutan Hari Guru Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang 2024 berlangsung secara 'terbuka' dan meriah dengan kehadiran guru-guru PASTI, SRITI, SMITI dan MTIS seluruh Pahang memenuhi ruang legar Kuantan Parade, Kuantan, semalam. Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Mohd. Zarimi Abu Zih di dalam ucapannya berkata, ini merupakan satu kejayaan...

Beras bubuk jualan rahmah untuk orang kampung

Oleh : HABSAH ALI INDERA MAHKOTA, 18 Mei - Tular di media sosial penduduk di Kampung Sungai Ular dikejutkan dengan beras yang telah rosak dipenuhi dengan bubuk di sini malam tadi. Menurut sumber yang dipercayai beras berkenaan dibeli semasa Program Jualan Rahmah Madani di Masjid Baharu Kampung Sungai Ular pada Sabtu lalu. “Saya pulang dari kerja tadi, semasa nak masak nasi terkejut...

Sifat siddiq bina persepsi baik buat PAS

Oleh: AKIF DANISYA ISMAIL TAMBUN: PAS tidak bekerja dan bergerak untuk menggerakkan persepsi, sebaliknya persepsi baik datang dengan sendirinya hasil dari keikhlasan berjuang, demikian ujar Mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Tuan Guru Sidek Noor. Tegasnya dalam mencapai matlamat perjuangan, ahli PAS hendaklah berpegang kepada kebenaran kerana setiap kebenaran akan mengheret ke arah kebaikan dan mendorong ke syurga Allah begitu juga...

TDM lancar Pelan Antirasuah Organisasi

KUALA TERENGGANU - TDM Berhad telah melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) TDM Berhad 2024-2026 bagi mendokong usaha pemantapan governans, integriti dan antirasuah dalam satu majlis yang diadakan di Duyong Marina & Resort, semalam. Pengarah Eksekutif TDM Berhad, Najman Kamaruddin berkata, TDM mengorak langkah merealisasikan pelan tersebut melalui empat teras strategik iaitu memacu pertumbuhan ekonomi dan mengoptimum keuntungan selain memantapkan peranan...

‘Mini Carnival World Lupus Day’ dijangka tarik lebih 500 peserta

KUALA TERENGGANU – Dijangka seramai lebih 500 peserta akan menyertai program 'Mini Carnival World Lupus Day' yang dijadualkan berlangsung di Kampung Budaya Terengganu (KBT) Kompleks Muzium Negeri pada 18 Mei, Sabtu ini. Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Ahmad Ridzwan Abd Rahman berkata peserta tersebut terdiri daripada pesakit dan keluarga mereka, doktor, jururawat dan juga orang awam. Katanya, program itu merupakan...

KMI Healthcare lancar perkhidmatan Ortopedik di Tawau

TAWAU – KMI Tawau Medical Centre (“KMI Tawau”), salah sebuah rangkaian hospital milik Kumpulan Medic Iman (“KMI Healthcare”) di bawah anak syarikat kerajaan Terengganu, secara rasminya melancarkan perkhidmatan ortopedik pada kelmarin. Pengarah KMI Tawau, Anuar Ali berkata pelancaran tersebut menandakan hospital KMI Tawau telah berkembang terutamanya dalam pengendalian rawatan yang berkualiti bagi merealisasikan slogan syarikat iaitu ‘Menerajui Kehidupan Sihat’. “Antara rawatan...

Perlis tawar biasiswa kepada anak Terengganu belajar di KUIPs

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Perlis menawarkan biasiswa kepada lima anak Terengganu untuk menyambung pengajian di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). Exco Hal Ehwal Agama, Pendidikan, Pembangunan Insan, Industri Halal dan Penerangan Perlis, Muhammad Azmir Azizan berkata, tawaran tajaan penuh kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia itu telah diperkenankan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis (Tuanku Syed...

Kunjungan Exco Perlis bincang Pemerkasaan Syariah

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi menerima kunjungan Exco Hal Ehwal Agama, Pendidikan, Pembangunan Insan, Industri Halal dan Penerangan Perlis, Muhammad Azmir Azizan bersama agensi dibawah portfolionya di Wisma Darul Iman, hari ini. Muhammad Khalil memaklumkan, pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan tersebut bagi memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Terengganu...

Sultan Terengganu rasmi Hospital Sultan Zainal Abidin

KUALA NERUS - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli merasmikan Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini hari ini. Memulakan pembinaan sejak tahun 2014, HoSZA merupakan hasil hasrat dan titah Sultan Mizan. Ia diserahkan kepada UniSZA pada tahun 2022. HoSZA kini telah membukakan beberapa perkhidmatan termasuk Klinik Perubatan Am dan memiliki fasiliti seperti...

Tiada bola malam jumaat, Terengganu ‘terkejut’ dengan AFF

KUALA TERENGGANU - Terengganu ‘terkejut’ dengan komitmen Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang tidak mengadakan perlawanan bola sepak membabitkan Terengganu FC di negeri itu pada malam Jumaat sebagai menghormati dasar kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul karim berkata, pihaknya menghargai maklum balas AFF yang bersetuju mematuhi Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri...