Kluster berkait ziarah raya merebak ke tiga kampung di Terengganu

HULU TERENGGANU, 7 Jun - Kluster Kampung (kg) Matang menjadi kluster terbesar di daerah ini apabila telah merebak ke generasi kelima melibatkan tiga buah kampung. Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, seramai 127 kes positif dikesan daripada kluster, 725 orang kontak rapat dan 975 sampel sedang menunggu keputusan. Katanya, ini tidak termasuk saringan bersasar yang melibatkan ke tiga...

Polis Terengganu guna dron pantau pergerakan orang ramai

Oleh : husaif Mamat KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu menggunakan dron bagi memantau pergerakan individu bergejala atau yang mempunyai suhu tinggi tetapi berada di tempat awam sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, dron yang dilengkapi teknologi tinggi itu mampu mengesan suhu badan dalam masyarakat pada jarak 20 meter dari udara. “Dron ini...

Mantan TMB dan isteri terima suntikan vaksin

KOTA BHARU, 6 Jun: Tahniah Dato' Ustaz Halim, Mantan TMB dan Datin Kak Noh dari Kg. Penambang Jalan PCB yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin Tunjong sebentar tadi. Usia bukan penghalang untuk kita sama-sama berikhtiar dalam usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19. Daftar segera sebagai penerima vaksin. InsyaAllah bermula bulan ini, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan...

Sultan Kelantan seru rakyat, jangan ragu terima vaksin

Oleh CHE MAZIAH MAT KOTA BHARU, 6 Jun: KDYMM Sultan Kelantan menitahkan agar semua rakyat di negeri ini tidak berasa ragu-ragu untuk mendaftar dan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 demi kesejahteraan dan kesihatan masing-masing. Memetik dari laman sosial (Facebook) rasmi Unit Media Pejabat Sultan Kelantan, baginda bertitah demikian setelah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 berjenama Pfizer-BioNTech yang berlangsung di Wad...

Penyakit LSD – Kawalan di sempadan diperketatkan

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA KOTA BHARU, 6 Jun: Kerajaan Negeri Kelantan mengambil langkah mengetatkan kawalan di sempadan negeri ekoran penularan penyakit kulit kental atau Lumpy Skin Disease (LSD) yang dilaporkan menyerang haiwan ruminan di negara ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YBM Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, lembu dan kerbau yang dipelihara...

Penerima vaksin disaran bawa bekas ubat sebelum ke PPV

Oleh CHE MAZIAH MAT KOTA BHARU, 6 Jun: Penerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) disaran membawa bekas ubat-ubatan yang digunakan ke lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi mengenalpasti penyakit yang dialami. Menurut Pensyarah Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, usaha ini sangat bertepatan dilakukan bagi memudahkan urusan petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan...

PKP 3.0: FAMA tawar buka 2 PST di Kelantan

Oleh CHE MAZIAH MAT KOTA BHARU, 4 Jun: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menawarkan untuk membuka dan menyelia dua unit Pasar Segar Terkawal (PST) di Kelantan ketika pelaksanaan sekatan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Dalam satu kenyataan rasmi, FAMA memaklumkan produk agroniaga seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan, hasil laut, daging, barangan runcit dan barangan asas tani boleh dipasarkan secara...

MAIN, PORTAL hadapi kesan perubahan iklim

Oleh CHE MAZIAH MAT PUTRAJAYA, 6 Jun: Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dengan kerjasama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) membangun portal Malaysian Adaptation Index (MAIN) menggunakan teknologi BDA yang mampu memberi maklumat segera dan responsif terhadap kesan perubahan iklim. Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato' Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan perkara itu selepas menyempurnakan Sambutan Hari Alam...

Statistik seminggu sepanjang tempoh ‘total lockdown’ di Malaysia & Kelantan.

Statistik seminggu sepanjang tempoh 'total lockdown' di Malaysia & Kelantan. Semoga keluk akan semakin melandai.

Kerajaan prihatin belia: RM300 juta untuk 2 juta belia

Kerajaan prihatin belia: Pemerkasa+ memperuntukkan RM 300 juta kepada 2 juta belia. Terima kasih Kerajaan Malaysia .