Home Berita PAS Kedah

Mangsa rompakan disantuni PKWR dun jeneri

62
SHARE

OLEH: ALIAA SYAZWANI

SIK: Mangsa rompakan, Ahmad Che Nan,menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) dun Jeneri.

Kejadian kira-kira jam 2.00 pagi di kediamannya di Felda Teloi Timur,telah menyebabkan kerugian hampir mencecah RM15,000.

“Saya tak kuat mana, doa ja la,perompak tu tak buat (cederakan) saya. Dah selamat ni pun syukur dah” cerita beliau yang mengidap sakit jantung dan parkinson.

Sementara Pegawai Khas Kawasan Tuan Haji Anuardi Abdul Rahman ketika kunjungan ke sana, mengharapkan agar beliau bertenang dan menyerahkan hal itu kepada pihak berkuasa.

“Kita berharap perompak itu segera diberkas oleh pihak polis,” katanya.

Lawatan berkenaan turut disertai Pegawai Khas Dun Jeneri, Ustaz Mohd Rizal Zainon.