Peniaga kecil harapkan Pakej Bantuan Fasa Kedua

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA TUMPAT, 25 Jun: Mazlan Awang, 56, pemilik kedai makan di Chabang Empat, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah mengisytiharkan Pakej Bantuan Cakna Rakyat Negeri Kelantan kepada peniaga-peniaga kecil yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 'Total Lockdown'. Beliau yang sudah lebih 10 tahun mengusahakan kedai makan berharap supaya pihak...

Kerajaan Malaysia terus mengorak langkah perangi Pandemik Covid-19

KERAJAAN MALAYSIA TERUS MENGORAK LANGKAH PERANGI PANDEMIK COVID-19 21 Jun 2021 | 10 Zulkaedah 1442H Baru baru ini Kerajaan Malaysia pimpinan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin telah mengumumkan satu Pelan Pemulihan Negara dengan menyasarkan kejayaan perangi Covid-19 selewatnya Hujung tahun 2021. Dewan Pemuda PAS Perak menyatakan sokongan penuh bersama Kerajaan Malaysia dengan pengumuman Pelan Pemulihan...

Buka premis penjualan alat tulis, Pemuda PAS Perak sokong saranan KPDNHEP

BUKA PREMIS PENJUALAN ALAT TULIS, PEMUDA PAS PERAK SOKONG SARANAN KPDNHEP 23 Jun 2021 | 12 Zulkaedah 1442H Dewan Pemuda PAS Perak menyokong penuh pembukaan semula premis penjualan alat tulis seperti yang disaran Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid dalam wawancara bersama Berita Harian baru baru ini. Pembukaan ini pasti akan menyokong aktiviti PdPR dan...

Lancar Tabung Kasih PASTI Perak bantu amilin yang terjejas.

Oleh: Banglem PANDEMIK COVID-19 memberi impak besar kepada pelbagai sektor dengan bidang pendidikan sama ada peringkat rendah, menengah mahupun pengajian tinggi malah Institusi PASTI juga turut menerima kesannya. Diatas keprihatinan itu, pihak PASTI Negeri Perak telah melancarkan TABUNG KASIH PASTI PERAK bertujuan meringankan beban para amilin PASTI (guru, pembantu guru, pembantu am) yang memerlukan bantuan. Pengarah PASTI Perak, Mohd Azahari Yahaya menyeru agar...

Pengambilan khas guru secara ‘One-Off’ Inisiatif terbaik KPM | DPPN Perak

24 Jun 2021 | 13 Zulkaedah 1442H Dewan Pemuda Pas Perak menyokong penuh pengambilan khas guru secara "One-Off" seperti yang dimaklumkan oleh YBMK Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin dalam satu sidang media khas di Putrajaya pada 20 Jun 2021 yang lepas. Menurut beliau, pengambilan khas ini melibatkan seramai 18 702 orang guru yang akan mengisi kekosongan bagi Gred DG41. Inisiatif ini bukan...

Terengganu tunggu ‘Signal’ MKN sebelum adakan Sidang DUN

Oleh: Mastura Jamal Din @trdi.my HULU TERENGGANU, 24 Jun - Terengganu sedang menunggu jawapan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung permohonan untuk mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia tentang kaedah pelaksanaan Sidang DUN dalam situasi negara sekarang. Katanya, setelah mendapat kepastian, barulah diadakan perbincangan untuk...

PKM manir sediakan pengangkutan bawa warga emas ke PPV

Oleh : Ahmad Mawardi Abdullah @trdi.my HULU TERENGGANU, 24 Jun - Prihatin dengan nasib warga emas yang mempunyai kekangan untuk hadir ke temujanji vaksinasi, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir mengambil inisiatif menawarkan khidmat pengangkutan percuma ke Pusat Perkhidmatan Vaksinasi (PPV). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Dato' Harun berkata, perkhidmatan aktiviti kebajikan itu dimulakan...

PKPD Kampung Tajin ditamatkan esok

Mastura Jamal Din @trdi.my HULU TERENGGANU, 24 Jun- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tajin, Kuala Berang ditamatkan mengikut jadual, esok. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menurutnya, KKM telah melakukan 940 ujian saringan dan 52...

MB sentiasa ingatkan jangan pilih kasih

Oleh : Fakrusy Syakirin Ahmad Sabri @trdi.my KUALA TERENGGANU, 24 Jun – Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Terengganu pada Mei 2018, barisan pentadbiran sentiasa berpegang kepada prinsip tidak memilih bulu dalam menyampaikan bantuan kepada masyarakat yang layak. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sentiasa menegaskan...

Covid-19 Melaka | Kematian terbaru – lelaki 39 tahun tiada sakit kronik

Oleh IBNU JANIE AYER KEROH, 24 Jun: Sebanyak dua kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan di Melaka hari ini di mana salah seorang daripadanya ialah seorang lelaki berumur 39 tahun yang tiada sejarah menghidap apa-apa penyakit kronik. Demikian dinyatakan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi. Menurut JKNM mangsa yang berasal daripada Mukim Lendu...