Home Berita PAS Perak

Lancar Tabung Kasih PASTI Perak bantu amilin yang terjejas.

7
SHARE

Oleh: Banglem

PANDEMIK COVID-19 memberi impak besar kepada pelbagai sektor dengan bidang pendidikan sama ada peringkat rendah, menengah mahupun pengajian tinggi malah Institusi PASTI juga turut menerima kesannya.

Diatas keprihatinan itu, pihak PASTI Negeri Perak telah melancarkan TABUNG KASIH PASTI PERAK bertujuan meringankan beban para amilin PASTI (guru, pembantu guru, pembantu am) yang memerlukan bantuan.

Pengarah PASTI Perak, Mohd Azahari Yahaya menyeru agar semua pihak  berganding bahu, dan menyelami kesukaran amilin PASTI ketika ini.

Beliau juga menyeru agar semua pihak tidak membiarkan mesej ini tidak berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang usaha kita untuk bantu membuat sebaran seluasnya.

Khidmat pendidikan yang terbaik kepada murid semasa wabak COVID19 ini memerlukan usaha dan tenaga yang luar biasa daripada semua pihak, ibu bapa, pendidik dan murid.

Justeru, tema BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun ini amat bertepatan dengan situasi semasa yang sedang dialami oleh negara kita dan seluruh dunia.

Sebarangan sumbangan boleh disalurkan ke;

TABUNG KASIH PASTI PERAK di akaun berikut: 

DANA PENDIDIKAN PASTI PERAK (BANK ISLAM)

0801 3010 0839 26