Home Berita PAS Perak

Buka premis penjualan alat tulis, Pemuda PAS Perak sokong saranan KPDNHEP

13
SHARE
BUKA PREMIS PENJUALAN ALAT TULIS, PEMUDA PAS PERAK SOKONG SARANAN KPDNHEP
23 Jun 2021 | 12 Zulkaedah 1442H
Dewan Pemuda PAS Perak menyokong penuh pembukaan semula premis penjualan alat tulis seperti yang disaran Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid dalam wawancara bersama Berita Harian baru baru ini.
Pembukaan ini pasti akan menyokong aktiviti PdPR dan sistem pembelajaran yang sedang berlangsung saat ini yang bukan sepenuhnya digital.
Guru dan para pelajar memerlukan alat tulis terutamanya penghasilan modul-modul baru anti bosan yang merentas kurikulum seperti projek sains mini, folio dan lain-lain. Jumlah pelajar seluruh Malaysia kini melebihi daripada 5 juta pasti memerlukan perbekalan alat tulis yang berterusan.
Selain itu, sektor-sektor lain yang turut diberi kebenaran operasi masih memerlukan alat tulis dalam aktiviti pengurusan mereka bagi memudahkan proses kerja di peringkat pengurusan masing-masing.
Dalam wawancara tersebut, beliau memaklumkan KPDNHEP akan sentiasa memantau keperluan semasa rakyat dan sudah pun menghantar permohonan kepada pihak MKN, bagi memenuhi keperluan semasa rakyat.
Tahniah kami ucapkan kepada KPDNHEP atas tindakan proaktif bantu memudahkan urusan rakyat.
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyeru ahli masyarakat menyalurkan cadangan atau keperluan kepada pihak berautoriti supaya tindakan tepat dapat di ambil bagi memudahkan urusan semua.
Zuhazmin
Pengerusi,
Lajnah Pengguna,
Dewan Pemuda Pas Perak