Perasmian Pusat Khidmat DUN Pengkalan Kubor oleh Menteri Besar

PENGKALAN KUBOR, 3 Sept: Perasmian Pusat Khidmat DUN Pengkalan Kubor yang baru telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan. Ahmad Yakob meluahkan rasa syukur atas pembinaan bangunan baru itu. "Alhamdulilah, tahniah kepada DUN Pengkalan Kubor atas pembukaan Pusat Khidmat DUN (PKD) yang baharu. Semoga PKD ini menjadi pusat bagi manfaat dan kesejahteraan rakyat...

Program Outreach Vaksinasi Dos Kedua Di SK Peria

KUALA KRAI, 6 Sept: YB Abdul Latiff Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kuala Krai telah hadir meninjau Program Outreach Vaksinasi Dos Kedua di Mukim Peria yang diadakan di SK Peria, pagi ini. Abdul Latiff berkata, jika beliau berqada di kUala kRai beliau pasti hadir di setiap program outreach vaksinasi sebagai tanda sokongan kepada usaha pihak kerajaan khususnya...

Khidmat ‘leminit’ Kad ‘Sijil Vaksin’ di PKD Kuala Krai

KUALA KRAI, 6 Sept: Pihak PKD di Kuala Krai ada menyediakan perkhidmatan 'leminit' kad vaksin selepas penerima vaksin menerima dos kedua di program outreach. Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, "bagi penerima vaksin melalui program outreach, mungkin akan mengambil masa untuk sijil mereka dikeluarkan secara digital, maka kad ini boleh digunakan buat sementara waktu. Sebab itu...

Pusat Pemberian Vaksin Awam yang menerima walk-in di Kelantan

Senarai Pusat Pemberian Vaksin Awam yang menerima walk-in. Jangan lepas peluang mendapatkan vaksin COVID-19

Belia lulusan Kejuruteraan Awam, tanam jagung hibrid

Oleh NORZANA RAZALY PASIR MAS, 6 Sept: Projek penanaman jagung manis hibrid yang diusahakan Mohamad Azrul Zulkifli bersama rakannya, Muhammad Zulfahmi Zainal Abidin di Kampung Tal Tujuh mendapat perhatian Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ahmad Fadhli Shaari. YB Ahmad Fadhli mencatat tentang kunjungannya ke tapak projek di laman Facebook, baru-baru ini. Keberanian anak muda tersebut berdikari dengan menceburi bidang pertanian berasaskan...

Menteri Alam Sekitar lancar Program Semarak Hari Malaysia

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA KUBANG KERIAN, 7 Sept: Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September, Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Menteri Alam Sekitar, YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man merasmi dan melancarkan Program Semarak Hari Malaysia anjuran Kelab Kebajikan Usahawan Berjaya Kota Bharu di perkarangan hentian teksi Kubang Kerian, semalam. Menurut YB Dato' Sri Tuan Ibrahim, selain...

Kiriman Tiktok UPKN cecah 1 juta tontonan

Oleh NORZANA RAZALY KOTA BHARU, 7 Sept: Aplikasi Tiktok Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) ciptaan Penolong Pengarah Unit Multimedia, Wan Ahmad Sharifuddin Wan Shaffee pada 27 Julai lalu mendapat sambutan apabila berjaya masuk 'For Your Page (FYP)'. Pengarah UPKN, YB Ahmad Fathan Mahmood bersyukur apabila strategi UPKN dalam memanfaatkan pendekatan sebaran informasi selari dengan arus semasa yang sohor...

Pengawal keselamatan patah kaki terlibat kemalangan

Oleh  NORJULIANA YAACOB BEDONG, 7 Sept :  Seorang pengawal keselamatan patah kaki kiri ekoran terlibat dalam satu kemalangan minggu lalu. Shaiful Ashary Yusof, 40 berkata ketika kejadian beliau dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. "Sampai di Petron Sri Utama beliau berasa pening lalu memperlahankan motosikal. "Bila saya buka mata orang ramai mengelilingi dan cuba membantu untuk saya bangun," katanya. Shaiful berkata beliau bimbang memikirkan...

KESEDAR anjur Program Ziarah Merdeka

KUALA KRAI, 3 Sept: Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah menganjurkan Program Ziarah Merdeka sebagai salah satu program Tanggung jawab Sosial Korporat (CSR) mereka. Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff turut dijemput dalam program ziarah tersebut bersama-sama Timabalan Pengurus KESEDAR, Wan Rahimi Wan Salleh. Piahk KESEDAR telah memilih penerima-penerima tersebut berdasarkan golongan B40 dalam data mereka...

Semangat jalani kehidupan meskipun berkerusi roda

Oleh  NORJULIANA YAACOB BEDONG, 7 Sept :  Meskipun terpaksa melakukan rutin harian dengan berkerusi roda namun ia tidak mematahkan semangat Noraishah Ahmad 51 tahun yang tinggal di Kampung Batu Satu, Bedong. Beliau yang mengalami masalah kencing manis terpaksa memotong kaki kanannya kira-kira empat tahun lalu. "Saya bersyukur kerana masih mampu melakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas dan menguruskan diri sendiri," katanya ketika...