Home Berita PAS Johor

‘Home Visit’ simbolik kecaknaan PAS Iskandar Puteri

1285
SHARE

‘Home Visit’ simbolik kecaknaan PAS Iskandar Puteri ISKANDAR PUTERI: PAS Kawasan Iskandar Puteri atau dulu dikenali dengan Gelang Patah telah mengadakan program ‘Home Visit’ ataupun Ziarah Kesihatan yang dilaksanakan di sekitar Skudai, di sini semalam.

Inisiatif tersebut dipimpin oleh Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Kota Iskandar (dahulunya Nusajaya), Ustaz Sallehuddin Dahiran dan Ketua Muslimat PAS Iskandar Puteri, Puan Hajah Sabariah Mohd Amin.

Rombongan tersebut memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan dan kaunseling yang berkaitan kepada pesakit yang ditemui mereka.

Menurut Ustaz Sallehuddin, program berkala tersebut merupakan aktiviti kebajikan daripada Pusat Aduan Rakyat Dun Kota Iskandar kepada masyarakat.

Menurutnya, antara pesakit yang ditemui adalah pesakit strok yang ‘collapse’ ketika bertugas dan puncanya adalah tekanan kerja yang kuat.

Malah ujar beliau lagi, menasihatkan supaya masyarakat bijak mengurus tekanan ditempat kerja supaya tidak memberi kesan negatif kepada tahap kesihatan mereka.