Home Artikel PAS Perak

Aspek Kebajikan Diterjemahkan Dalam 39 Tawaran Manifesto

156 views
SHARE

IPOH: Kesempitan hidup rakyat yang semakin meningkat kerana beberapa tekanan seperti kenaikan harga barang, pelaksanaan GST dan kos sara hidup menjadikan keperluan hidup seharian sentiasa tertekan.

Tawaran manifesto Gagasan Sejahtera Perak telah memperlihatkan satu penubuhan bantuan yang dikenali sebagai Tabung Amanah Burhanudin Al-Helmy (TABAH) bagi membantu semua rakyat Perak pelbagai bangsa dalam bidang pendidikan, kebajikan sosial, kesihatan dan rawatan perubatan.

Antara komitmen yang diberikan adalah mewujudkan skim-skim kebajikan bagi membantu golongan yang terbiar dari golongan warga tua, ibu tunggal, anak-anak yatim, miskin tegar dan orang kurang upaya.

Bagi memastikan tiada yang terpinggir maka penyelarasan dan pemberian bantuan kepada pusat-pusat penjagaan warga tua dan pusat-pusat penjagaan anak-anak yatim juga dijadikan fokus menjayakan aspek kebajikan.

Meningkatkan kadar bantuan sara hidup golongan miskin tegar kepada RM 500 sebulan dalam usaha meringankan beban sara hidup rakyat juga bukti keutamaan golongan memerlukan.