Hina Nabi : Andai Penulis Ini Hidup Di Zaman Silam Pasti Tindakan Tegas Diambil
Oleh : ‘Aisyaa Yasmin
JOHOR – “Andai penulis ini hidup di zaman silam pastinya tindakan sangat tegas akan diambil.” Demikian cetus Dr Rozaimi Ramle, Presiden Kebajikan Al Qayyim Malaysia.
“Saya mengutuk penulis dan penyebar kenyataan seperti dalam gambar ini. Saya mohon agar semua umat Islam dapat buat laporan polis supaya tindakan tegas dapat diambil.” Ujarnya.
Peka dengan lidah media ini, PAS Kawasan Iskandar Puteri turut memandang serius pelakuan biadap pemilik akaun FB Foo Sing Wai .
“Kalau tak tahu, boleh bertemu dengan para ulamak yang lebih arif dan minta fakta sebenar sebelum tular di media sosial.” Ujar Salehuddin Dahiran, wakil PAS Iskandar Puteri ketika meminta agar perkara sebegini dibendung sebelum merebak dan tidak terkawal.
Beliau bersama beberapa orang lagi ahli PAS lain turut sama membuat laporan polis berkenaan penghinaan terhadap Nabi Muhammad secara melampau dan keterlaluan oleh pemilik akaun tersebut yang dipercayai pemilik sebuah restoran di Mid Valley Mega Mall.
“Semoga negara kita terus harmoni, kita serah pada pihak berkuasa.” Ucapnya sebelum diakhiri dengan doa di hadapan ibu pejabat polis Iskandar Puteri.