Home Berita PAS Selangor

KERJASAMA PAS ATAS PERKARA YANG BAIK DAN MENCEGAH MUNGKAR

1388
SHARE

Allah berfirman:

وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

Maksudnya: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. (Surah Al-Ma’idah – 2)

Berdasarkan kepada ayat ini, PAS mengambil keputusan bersedia untuk berkerjasam dengan siapa sahaja dalam urusan yang membawa kepada kebaikan dan membenteras segala bentuk kemungkaran. PAS istiqamah dalam prinsip ini kerana PAS menjunjung segala perintah Allah dan itu menjadi keutamaannya.

PAS tidak bekerjasama dalam perkara dosa dan permusuhan walaupun terhadap musuh yang menzaliminya, apatah lagi dalam kalangan umat Islam yang berbeza pendapat, berlainan pendekatan dan berlakunya salah faham, serta tenggelam dalam kejahilan.

Memberi sokongan kepada calon BN dlm PRK yang lalu, yang sedang berlaku dan mungkin pada masa akan datang adalah salah satu usaha taawun yang sedang dilaksanakan oleh PAS pada hari ini. Semua itu tertakluk dengan syarat tidak bercanggah dengan syariat Allah dan memberikan keuntungan kepada Islam khususnya dan amnya kepada rakyat di negara ini.

Oleh itu DUPNS menyokong penuh atas usaha yang murni ini bagi meneruskan matlamat perjuangan PAS yang ianya bukan sakadar melakukan kerja2 politik memata-mata, tetapi lebih jauh lagi ialah usaha dakwah bagi menerangkan islam dimana sahaja dan dengan siapa sahaja.

Semoga usaha yang murni ini diberkati dan dirahmati oleh Allah, Amin.

Ust Rizuan Rahmat
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
18 Februari 2019