Himpunan Ummah Isyarat Jelas Kepada Penyokong ICERD
Oleh: Fiqri
Kuala Lumpur: Semalam hampir 1 juta rakyat Malaysia berbilang kaum hadir ke Himpunan Bantah ICERD di Dataran Merdeka.
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS mengingatkan peserta himpunan semalam bahawasanya kehadiran ke himpunan ini sebagai satu tanda kepada kerajaan Pakatan Harapan yang menang simple majority agar jangan u-turn kembali untuk meratifikasikan ICERD dan pimpinan kerajaan jangan mengeluarkan kenyataan berbolak balik berkenaan isu ini.
Sebelum Himpunan Bantah ICERD dilaksanakan, ramai pimpinan Pakatan Harapan yang mempersoalkan keperluan menganjurkan Himpunan Bantah ICERD.