Home Artikel PAS Selangor

Peserta Himpunan Buat Kerja Amal Di Himpunan 812

616 views
SHARE

PESERTA HIMPUNAN BUAT KERJA AMAL DI HIMPUNAN 812

Lensa kamera telefon bimbit difokuskan ke satu posisi sekeluarga yang dilihat unik dalam persekitaran himpunan hari ini.

Mereka senyum kepada peserta himpunan yang melintasi di depan mereka sambil menghulurkan plastik hitam yang ada sampah sarap di dalamnya.

Kaki bergegas berlari ke mereka dan bertanyakan apa yang sedang mereka lakukan. Dengan senyum seraya mereka menjawab:
“Datang ke sini menyokong himpunan BANTAH ICERD dan sediakan plastik orang nak buang sampah”

Gambar ini diambil dengan izin mereka. Ianya sebagai bukti peserta himpunan menjaga kebersihan.

Terima kasih di atas keprihatinan anda sekeluarga dari Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

Semoga Allah ganjari dengan pahala berlipat ganda.

🌐Sila share dan tularkan.

#bantahicerd
#himpunan812
____________________________________

HIMPUNAN KEAMANAN BANTAH ICERD
Tarikh. : 8 Disember 2018
Hari : Sabtu
Masa : 2.00 – 6.00 petang
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur