Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah tekad menggerakkan dan mengumpulkan seluruh kekuatan jentera pemuda dengan mengadakan suatu Himpunan Jentera Peringkat Negeri Kedah pada 9 September 2017 di Kompleks PAS Kedah sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum yang ke-14.
Himpunan H9917 ini yang mensasarkan kehadiran ahli-ahli pemuda dari keseluruhan 15 kawasan parlimen di Kedah itu akan menjadi suatu simbolik kepada hasrat akar umbi golongan muda yang mahu negeri Kedah ditadbir semula oleh parti Islam.
Keadaan negeri Kedah yang kini diperintah oleh Barisan Nasional jelas menunjukkan sebuah pemerintahan yang bersifat retorik,kelemahan pentadbiran yang ketara,tidak mementingkan rakyat, menghilangkan banyak jatidiri Kedah dan tidak mencapai kemajuan dari aspek fizikal dan rohani menuntut suatu perubahan yang drastik terutama dari golongan muda.
Himpunan ini akan menampilkan beberapa acara kepemudaan seperti pidato pentas pemuda, acara sukan dan ceramah para pimpinan utama parti.
Pra Himpunan peringkat kawasan-kawasan seluruh Kedah juga turut digerakkan bagi memastikan sasaran kehadiran himpunan tersebut dapat dicapai.
Semoga dengan perlaksanaan himpunan ini dapat memberikan impak kepada rakyat Kedah supaya memenangkan PAS pada Pilihanraya Umum Ke-14 nanti.
Nurul Amin Bin Hamid
Pengarah Himpunan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Kedah (H9917)