Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Hijrah : Kukuh perpaduan negara sejahtera

31
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

HIJRAH: KUKUH PERPADUAN NEGARA SEJAHTERA

Kejayaan Rasulullah SAW yang telah menyatukan manusia daripada pelbagai agama dan bangsa menerusi keadilan Islam perlu dihayati oleh setiap manusia. Teladan baginda seharusnya menjadi panduan buat umat Islam dan para pemimpin negara khusunya.

Agenda penyatuan yang dibawa adalah kekuatan dalam membina negara sejahtera. Bertepatan dengan titah DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor sempena Maal Hijrah yang menyeru semua pemimpin agar mengutamakan kepentingan rakyat dan perpaduan ummah demi kesejahteraan sejagat.

Begitu juga titah KDYMM Tengku Hassanal, Pemangku Raja Pahang yang menegaskan bahawa kini bukan masanya untuk berebut kuasa, bersengketa sebaliknya perlu bersatu menentang ancaman pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara.

Saya mewakili PAS menjunjung kasih titah Baginda-Baginda Sultan yang menyeru kepada perpaduan rakyat dan kestabilan negara. Semua pihak seharusnya mengutamakan usaha menangani wabak yang perlu diambil perhatian ketika ini.

Bersempena tahun baharu Hijrah 1443 ini, PAS menyeru kepada semua untuk memperkasakan kesatuan khususnya dalam berhadapan cabaran COVID-19 . Fokus utama kita sekarang adalah untuk memerangi wabak dan mencapai imuniti kelompok bagi menjaga nyawa dan ekonomi rakyat. Keadaan sekarang bukan masa untuk berpecah belah.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
11 Ogos 2021 | 2 Muharram 1443