Home Artikel PAS Johor

HIJRAH KE ARAH KECEMERLANGAN ISLAM

47 views
SHARE

HIJRAH KE ARAH KECEMERLANGAN ISLAM

Oleh: Hafsah Abd Rahman

TEBRAU, 11 September – PAS Kawasan Tebrau telah meneruskan siri-siri Liqa’ Thaqafi dengan tajuk Hijrah ke arah kecemerlangan Islam bertempat di Balai Islam Tok Guru Nik Aziz (TGNA) baru-baru ini.

Program sebegini dianjurkan sebagai menambah ilmu dan kefahaman setiap ahli PAS Tebrau dengan dasar perjuangan PAS selain menguatkan keyakinan terhadap kebenaran Islam yang dianuti.

Program bulanan PAS Kawasan Tebrau ini diisi oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, YB Dato’ Yahaya Ali. Antara inipati penting taujihad beliau adalah kesempurnaan dan kecemerlangan Islam sangat berkait rapat dengan penghijrahan Rasulullah s.a.w untuk menegakkan negara Islam Madinah.

Beliau turut menyatakan hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW tidak berlaku spontan, bahkan secara berperingkat, bermula dengan perjanjian aqabah satu dan perjanjian aqabah dua.

Menyentuh berkenaan penyatuan ummah yang sedang giat dijalankan, beliau menyatakan penyatuan ini bukan perkara baru. Bahkan ia telah berlaku di zaman Rasulullah SAW di mana baginda menyatukan dua puak yang bertelagah sekian lama, iaitu puak ‘Aus dan Khazraj.

Tugas dakwah dan perjuangan bukan tertakluk kepada pimpinan semata, tetapi perlu komitmen dari setiap ahli kerana perjuangan ini perlu ada semangat pengorbanan yang tinggi dan perancangan yang sempurna. Beliau mengingatkan kepada para hadirin tentang peranan dan tanggunjawab sebagai ahli PAS.

Pesuruhjaya PAS Johor, Tuan Guru Abdullah Husin juga dirai sebagai panel jemputan program tersebut. Dalam kesimpulannya, beliau berkongsi sejarah secara ringkas sejarah jatuh bangun PAS di negeri Terangganu. Terengganu merupakan negeri pertama PAS memerintah sebelum Kelantan pada tahun 1959.

Redha dan syurga yang kekal abadi merupakan janji Allah SWT yang paling tinggi kepada para pejuang Islam, manakala kemenangan dari sudut politik antara janji Allah SWT di dunia ini, beliau ketika menyebut perjuangan yang dikaitkan dengan hijrah ini memakan masa yang panjang.

Beliau sempat berkongsi berkat dari kesabaran dan istiqamah perjuangan, lakaran sejarah akan berlaku di PWTC pada 13 dan 14 September ini di mana Piagam Penyatuan Ummah akan dimeterai antara dua parti politik utama iaitu PAS dan UMNO.

Sebagai mengakhiri ucapan ringkas, beliau menyeru untuk terus berdoa semoga negeri Terengganu terus di bawah pentadbiran PAS sebagaimana Kelantan.

Turut hadir mengimarahkan Liqa’ Thaqafi ini Yang Dipertua PAS Tebrau merangkap Naib Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail dan Naib Yang Dipertua PAS Tebrau, Ustaz Azman Atmin.