Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

HWPU913 : Bukti Kepentingan Penyatuan Ummah

898
SHARE

HWPU913 : Bukti kepentingan Penyatuan Ummah

Oleh : Danisya Ismail & Ara Rabiatul

KUALA LUMPUR 13 SEPTEMBER – Hadirin yang memenuhi ruang Dewan Tun Hussein Onn menghayati tadabbur Surah As saff dipengerusikan oleh moderator , Dato Dr Mashitah Ibrahim.

Moderator mengulas bahawa kepentingan Penyatuan Ummah ini adalah selari seperti seruan Allah melalui surah As Saff.

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (As-Saff : 4)

Gandingan panel yang terdiri daripada Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh Ketua Pergerakan wanita UMNO Malaysia Dato’ Dr Noraini Ahmad menjadi tumpuan hadirin dalam sesi forum ini.

Ketua Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Dr Noraini Mohamad berkata, masyarakat pada hari ini telah lama dahagakan penyatuan dari kedua-dua buah parti besar ini iaitu PAS dan UMNO.

“Penyatuan Ummah ini menjadi cabaran besar dan tampak menggoyahkan kedudukan kerajaan Pakatan Harapan selaku pihak kerajaan.

“Kerajaan PH pastinya akan menjadi kerajaan sepenggal. Mereka kini di kedudukan kerajaan, namun berperwatakan seperti pembangkang. Ini membuktikan mereka amat tergugat dengan penyatuan dua buah parti besar ini. “

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Yb Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berpesan mengenai kepentingan umat Islam menjaga akidah dan seruan untuk selalu menambah ilmu.

Ujarnya akidah umat Islam sangat penting dalam menjayakan misi penyatuan ummah bagi memenuhi syarat Ansorullah seperti yang disebutkan .

Dalam pada itu, Ustazah Nuridah turut menyeru agar dakwah diteruskan antara dua parti terbesar ini kerana kerja ini seharusnya berterusan sehingga ke hari kiamat.

“Ilmu dalam menjaga kesatuan yang mahu dibentuk amat penting kerana tiada apa yang lebih utama berbanding kefahaman dalam tuntutan agama. “

Beliau menyifatkan himpunan ini sebagai satu langkah yang baik dalam usaha untuk menemukan kedua-dua parti dalam titik persamaan menuju sebuah negara yang lebih sejahtera.