Home Berita PAS Terengganu

‘Hi-Tea’ berlangsung meriah, dihadiri sokongan padu ahli dan komuniti

24
SHARE

KUALA TERENGGANU – Majlis Hi -Tea Ameerah DUN Jabi berlangsung meriah dengan kehadiran ahli-ahli dan komuniti setempat yang hadir bagi menyokong serta memeriahkan acara.

Ketua Ameerah DUN Jabi, Rayyani Inayati Rusli menyatakan rasa syukur dan berterima kasih atas sokongan padu yang diberikan.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana mempermudahkan segala urusan pada hari ini.

Kehadiran anda semua benar-benar memberikan semangat kepada kami dalam meneruskan perjuangan untuk masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada semalam.

Katanya, majlis ini turut mendapat sokongan dan bantuan daripada tulang belakang Ameerah DUN Jabi yang bertungkus-lumus menyediakan pelbagai hidangan bagi memastikan kelancaran majlis.

“Program ini juga berperanan sebagai inisiatif menyemai budaya menderma dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

“Selain jamuan, acara ini turut menjadi medium bagi ahli Muslimat muda PAS dan komuniti untuk beramah mesra, memperkukuhkan ukhuwah serta saling menyokong antara satu sama lain,” jelasnya.

Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini.

“Semoga Allah SWT membalas jasa semua yang terlibat dan berharap dengan kerjasama yang erat ini, kita berharap agar majlis-majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan,” tambah beliau lagi.