Home Artikel PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Raja-Raja Melayu menandatangani perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

398
SHARE

21 JANUARI 1948 (RABU)

PADA hari ini dalam tahun 1948, satu lagi peristiwa penting negara iaitu satu perjanjian yang ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British telah disempurnakan.

Majlis menandatangani perjanjian ini telah diadakan di King’s House (atau CARCOSA) Kuala Lumpur. Bangunan CARCOSA yang dibina dalam tahun 1890 dengan belanja $25,000 ini pernah menjadi tempat tinggal Residen British, Frank Swettenham dan semasa Perang Dunia Ke-2 pula ia menjadi mess pegawai Jepun dan Balai Pertabalan Sultan Selangor, Tengku Kelana oleh pihak berkuasa Jepun pada 1941.

Perjanjian yang ditandatangani ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini menyatakan bahawa mulai 1 Februari 1948, kedudukan Raja-Raja Melayu akan dikembalikan termasuk beberapa syarat kerakyatan bagi orang-orang asing serta hak-hak istimewa orang Melayu.

Majlis menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Kredit Foto : Google)

Peristiwa bersejarah pada hari ini telah menjadi asas kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 dan seterusnya menjadikan Malaysia sepertimana yang kita semua nikmati pada hari ini.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia