Home Artikel PAS Melaka

MAIM beri sumbangan kit makanan untuk asnaf

249
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, 21 Jan : Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memberikan sumbangan berupa kit makanan untuk asnaf dalam kalangan penduduk Kampung Sungai Tuang yang disalurkan melalui Masjid Aminin, Sungai Tuang.

Sumbangan ini yang juga diperuntukkan untuk semua asnaf dalam keseluruhan DUN Kuala Linggi ini telah disampaikan oleh Adun Kuala Linggi, YB Dato Ismail Othman kepada Pengerusi Masjid Aminin Sungai Tuang, Ridzuan Taib tengahari tadi.

Ridzuan di dalam majlis ini mengucapkan berbanyak terima kasih kepada MAIM dan Adun Kuala Linggi itu yang hadir ke masjid ini untuk menyampaikan sumbangan tersebut.

“Seramai 16 orang asnaf telah dikenalpasti dalam kampung ini dan sumbangan ini akan diberikan segera kepada mereka. Dan terima kasih atas bantuan diberi,” ujar beliau.

 

Sementara itu salah seorang penerima sumbangan iaitu seorang ibu tunggal, Aida Mastan, 55, mengucapkan syukur atas sumbangan yang diterima.

“Alhamdulillah terima kasih pada semua yang bagi sumbangan untuk saya dan keluarga” ujar beliau semasa menerima sumbangan tersebut dari pihak Masjid.

Ini merupakan bantuan pertama yang diterima oleh asnaf dalam Kampung Sungai Tuang sejak PKP 2 dilaksanakan pada Rabu lepas.

Turut hadir di dalam majlis ini ialah Pengerusi JPKK Sungai Tuang, Hanafiah Taib.