Home Berita PAS Selangor

Bantuan diberi seadanya – PAS Kawasan Pandan

76
SHARE

May be an image of 1 person

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Pandan

Oleh : Umar Al-Hayawi

PANDAN, 26 Julai – PAS Kawasan Pandan telah menerima permintaan daripada penduduk di Pangsapuri Merpati, Pandan Indah bahawa mereka memerlukan bantuan makanan. PAS Kawasan Pandan hanya dapat menghantar 70 pek makanan asas dan 70 kampit beras walhal terdapat 300 keluarga di sana.

Oleh kerana PAS Kawasan Pandan tidak mempunyai samada ahli Parlimen mahupun ADUN, mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai yang membolehkan mereka membeli bahan makanan untuk penduduk yang memerlukan.

Semoga sumbangan kepada PAS Kawasan Pandan disambut baik oleh para dermawan dan membolehkan mereka menyampaikan bantuan kepada lebih ramai rakyat yang memerlukan di sekitar kawasan Pandan.

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun di bawah :-

Nama Akaun : PAS Pandan
No. Akaun : 14032010031627
Nama Bank : Bank Islam
Rujukan : Apartment Merpati

Sila mesej 01110248646 (Ismat) atau 0132230635 (Kamarul) setelah transfer.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor