Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah | Pertukaran nama Teluk Mak Intan kepada Teluk Anson

388
SHARE

15 MAC 1882 (RABU)

PADA hari ini dalam tahun 1882, Mesyuarat Dewan Negeri Perak telah menukar nama Teluk Mak Intan kepada Teluk Anson. Pertukaran nama ini telah dicadangkan oleh Residen Inggeris di Negeri Perak, Sir Hugh Low.

Berdasarkan sejarah, pada tahun 1880, enam tahun selepas campur tangan Inggeris di Negeri Perak, pusat pentadbiran Hilir Perak ialah di Durian Sebatang.

Walau bagaimanapun, General Archibald Anson yang menjadi Pegawai Daerah Hilir Perak ketika itu mendapati Teluk Mak Intan lebih sesuai dijadikan pusat pentadbiran Inggeris.

Gambar lama Menara Condong Teluk Intan | (Kredit foto : Google)

Beliau kemudiannya memindahkan pusat pentadbirannya ke sana dan menyusun semula kedudukan dan pelan pekan Teluk Mak Intan.

Selepas bersara pada tahun 1882, nama Teluk Mak Intan telah ditukar menjadi Teluk Anson sebagai mengenang jasa General Archibald Anson.

Setelah genap seratus tahun, sesuai dengan status negara merdeka, nama yang ditetapkan pada zaman British diubah dan dihidupkan semula sebahagian nama asalnya menjadi Teluk Intan sehingga kini.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia