Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Penubuhan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

539
SHARE

25 JANUARI 1974 (JUMAAT)

PADA hari ini dalam tahun 1974, YADIM telah ditubuhkan oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussin.

Tujuan utama YADIM adalah untuk menyelaras kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara serta menjadi pemangkin ke arah penyebaran dakwah di Malaysia.

YADIM ialah sebuah badan amanah yang didaftarkan di bawah Trust Incorporation Ordinance 1952 yang bertanggungjawab secara langsung kepada YAB Perdana Menteri.

Pengurusan YADIM bermula dengan Yang Dipertuanya yang pertama, iaitu Allahyarham Tan Sri Datuk Syed Nasir bin Ismail.

Setiap Yang Dipertua mempunyai idea, pendekatan visi dan misi yang tersendiri dalam menjadikan YADIM sebagai institusi yang sentiasa mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kebaikan dan masa depan agama, ummah dan negara.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia