Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Penubuhan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya

802
SHARE

29 JANUARI 1955 (SABTU)

PADA hari ini dalam tahun 1955, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) telah ditubuhkan dengan rasminya.

Persatuan yang ditubuhkan di Singapura ini bercita-cita untuk berusaha mengembangkan Bahasa Melayu dan menggalakkan penggunaannya.

Memberi sumbangan yang konkrit untuk perkembangan serta kemajuan kesusasteraan dan kekayaan perpustakaan Melayu.

Mengembangkan kesenian dan kebudayaan Melayu. Mengambil tahu berhubung dengan pelajaran Bahasa Melayu serta berusaha untuk memberi sumbangan yang sewajarnya.

Penubuhan persatuan ini adalah hasil usahasama beberapa orang mahasiswa Melayu dan pensyarah yang berminat dalam kemajuan bahasa dan kebudayaan Melayu.

Di antara tokoh-tokoh pada zaman awal itu termasuklah Lokman Musa sebagai Presiden yang pertama dan Noh Haji Abdullah sebagai Setiausaha Agungnya.

Sejak ia ditubuhkan lebih separuh abad yang lalu, PBMUM telah menunjukkan perkembangan yang membanggakan, dari sebuah persatuan kecil, PBMUM telah menjadi badan pelajar yang penting dan kuat di Universiti Malaya dan di negara ini.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia