Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Pengisytiharan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

3079
SHARE

20 FEBRUARI 1956 (ISNIN)

PADA hari ini dalam tahun 1956, tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra di Padang Bandar Hilir, Melaka.

Dalam detik yang penuh bersejarah ini, YTM Tunku telah mengumumkan bahawa menurut perjanjian yang dicapai di London, Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan dengan rasminya pada 31 Ogos 1957.

Pengumuman tarikh kemerdekaan ini disambut dengan pekikan ‘Merdeka’ yang bergemuruh oleh lebih 100,000 hadirin di Padang Bandar Hilir, Melaka.

disambut dengan pekikan ‘Merdeka’ yang bergemuruh oleh lebih 100,000 hadirin di Padang Bandar Hilir, Melaka

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia
Kredit foto : Google