Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 32 kes baharu

245
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 20 Feb : Sebanyak 32 kes baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini seperti yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu, daripada 32 kes tersebut, 24 daripadanya adalah kes tempatan, satu adalah kes Import B dan tujuh kes lagi daripada kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu lagi, berdasarkan daerah, daripada 32 kes itu juga, 21 kes dikesan di Melaka Tengah, lapan kes di Alor Gajah sementara tiga kes lagi dikesan di Jasin.

JKNM juga melaporkan sebanyak 19 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, 730 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC termasuk 12 kes ICU sementara lima kes lagi dibantu dengan alat penafasan.

Tambah JKNM lagi, kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Telok Mas, Kluster Anak Air, Kluster Teknologi Kesidang, Kluster Dialisis Malim, Kluster Tembok Kemus, Kluster Pantai Peringgit, Kluster Jalan Usaha, Kluster Bukit Sebukor, Kluster Serkam Tengah, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Tapak Bina Bali Residence, Kluster Bukit Palah, Kluster Jalan Kejora, Kluster Jalan Masjid Tanah, Kluster Industri Serkam, Kluster Dialisis Masjid Tanah, Kluster Jalan Bukit Baru, Kluster Tekonologi Berendam dan Kluster Teknologi Lot Enam.

Selain itu, tambah laporan itu lagi, kluster negeri lain yang melibatkan Melaka pula ialah Kluster Jalan Harapan, Kluster Industri TTJ Negeri Sembilan, Kluster Jalan Ithnin Johor, Kluster Jalan Gombak dan Kluster Perindustrian Cyber Senai.

Bagi status kategori zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 13 mukim berada di zon hijau, 18 mukim lagi berada di zon kuning, tiada mukim berada di dalam zon jingga atau zon merah.

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, lima zon hijau; 22 mukim di dalam zon kuning; dua mukim di dalam zon jingga; dan tiada mukim dalam zon merah.

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, sembilan adalah di dalam zon hijau; 11 adalah dalam zon kuning; tiada mukim dalam zon jingga dan satu mukim dalam zon merah iaitu Serkam (800 kes).

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 2461 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor masih mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri dengan mencatat sebanyak 1001 kes, diikuti oleh Kelantan yang mencatatkan 257 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 280,272 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Labuan.