Home Artikel PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Penarikan keluar pasukan pertama tentera Komanwel

250
SHARE

10 FEBRUARI 1969 (ISNIN)

PADA hari ini dalam tahun 1969, seramai 101 orang anggota Batalion Ke-3, “Light Infantry Brigade” bersama-sama dengan isteri dan keluarga mereka yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka telah berlepas pulang ke England dalam gerakan pertama penarikan keluar tentera-tentera Komanwel dari Semenanjung Malaysia.

Sebahagian yang lain akan berlepas pulang pada akhir bulan April. Kem Terendak, atau nama rasminya Fort George dibina atas dasar kerjasama pertahanan serantau yang dianggotai oleh Britain, Australia, New Zealand dan Malaysia.

Kehadiran tentera-tentera Komanwel di Malaysia ini adalah merupakan sebahagian daripada polisi keselamatan di rantau ini.

Bagi Malaysia pula, kehadiran tentera Komanwel ini, selain dari untuk kepentingan keselamatan, dapat juga mengurangkan belanjawan pertahanan negara kerana kem ini khasnya telah dibina dengan pembiayaan bersama oleh ketiga-tiga negara tersebut.

Penarikan keluar tentera-tentera Komanwel itu adalah bersesuaian dengan Dasar Berkecuali Kerajaan Malaysia dan dasar tidak mahu terlibat dalam mana-mana pakatan tentera asing.

Pembesaran angkatan tentera telah menjadi persoalan yang utama berikutan daripada penarikan keluar tentera Komanwel itu. Pembesaran ini perlu dilakukan bagi mengimbangkan perkembangannya dengan pembangunan negara dan pergolakan politik di rantau ini.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia


Gerai hadapan Taman Bunga Raya Seksyen-3 dan Klinik Munshi, Bukit Beruang Melaka. Tempahan Whatsapps : +60136315113

Hubungi agen Masjid Tanah Yong Tau Foo segera TEPEN FROZEN – Bahrum : 011-16964842