Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah | Pembentukan Polis-polis Negeri Melayu Bersekutu

496
SHARE

01 JULAI 1896 (RABU)

PADA hari ini dalam tahun 1896, Polis Negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan telah menjadi pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Pembentukan pasukan ini adalah ekoran dari penyatuan Negeri-Negeri Melayu tersebut di bawah kuasa pentadbiran Kolonial Inggeris yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Kapten H.C.Syers telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ini. Sebelum menjawat jawatan ini, Kapten Syers adalah Ketua Polis bagi negeri Selangor yang bergelar ‘Captain Suprintendent’.

Kredit foto : Google

Tempat beliau telah digantikan oleh Ketua Polis negeri Perak bernama Christian Wagner. Anggota pasukan ini terdiri dari pegawai-pegawai British, orang-orang Sikh dan orang-orang Melayu.

Pasukan ini mempunyai pakaian seragamnya sendiri berwarna biru dari jenis kain benang bulu dengan bintang dan lencana yang berbeza mengikut negeri-negeri.

Sesungguhnya pembentukan pasukan ini merupakan salah satu langkah yang diambil oleh pihak Inggeris dalam memastikan keamanan wujud di negeri-negeri Melayu yang dijajahnya agar dapat menjalankan pentadbirannya dengan lebih lancar dan berkesan.

Sumber : Sumber Arkib Negara Malaysia