Home Berita PAS Kedah

PKP 3.0 : PAS Merbok santuni pemandu van sekolah dan teksi

131
SHARE

Oleh: Azmi Yahya

SUNGAI PETANI – Seramai 19 orang pemandu van sekolah dan teksi di Zon Anggerik, Bandar Amanjaya  mendapat sumbangan barangan asas daripada  Pas Kawasan Merbok bagi menringkan bebanan mereka yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. di sini, hari ini.

YangDipertua Pas Kawasan Merbok,  Ustaz Azizan Hamzah hadir menyerahkan sumbangan yang disediakan lajnah kebajikan PAS Kawasan sebagai tanda prihatin akan kebajikan mereka yang hampir tiada pendapatan sepanjang PKP 3.0 dilaksanakan.

Beliau yang juga Pegawai Khas Menteri Besar Kedah menyatakan ini adalah tanggungjawab semua pihak untuk saling membantu di saat negara sedang menghadapi musibah yang besar ini.

“Pemandu bas sekolah dan teksi adalah komuniti yang penting dalam masyarakat kita kerana tanpa mereka sudah tentu banyak urusan harian masyarakat terganggu dan tergendala,” katanya.

Jesteru katanya, walaupun semua masyarakat sedang dalam kesusahan tetapi seharusnya menyedari bahawa ianya adalah satu ujian daripada Allah SWT, agar sentiasa laksanakan tuntutan Amal Makruf Nahi Mungkar walau apa suasana sekalipun.

“Simpati kami dengan keadaan tuan-puan yang dihimpit kesusahan maka PAS Merbok tampil hari ini membantu sekadar termampu, semoga kalian semua terus bersabar dan tabah harungi keadaan ini.” katanya.

Turut hadir, Pengerusi lujnah kebajikan Pas kawasan Merbok,  Cikgu Rosli Bashah serta Tarmizi Samsudin dan Shukri Husin, ahli jawatankuasa PAS Kawasan.