Oleh ; Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Ameerah Setiu memperhangatkan kembali program dan mencetuskan perubahan dengan anjakan paradigma untuk bermula setelah berhempas pulas fokus dalam Pilihan Raya baru-baru ini.
Ketua Ameerah Setiu, Dr Zakiyah Ahmad berkata, ia tidak boleh berada di tahap yang sama dan perlu kepada perubahan.
“Program hari ini kita fokus kepada program ukhuwah satunya untuk Ameerah kawasan Setiu khususnya.
“Kita bawa Ameerah DUN mewakili daerah masing-masing dan kebanyakan daripada yang mengikuti adalah team pilihan raya baru ini,” jelasnya ketika dihubungi semalam.
Justeru itu, beliau berharap agar masing- masing dapat memperkuatkan lagi ukhuwah bagi memudahkan kerja pada masa akan datang.
“Saya harap kita saling mengenali dan menghargai jasa ameerah di semua peringkat.
“Selepas ini banyak lagi program yang kita aturkan di Ameerah kawasan khususnya, insyaallah.
Insya Allah kita akan buat pula Bowling Setiu 2.0,” ujarnya.
Katanya, beliau turut mengulas mengenai isu semasa yang mana gerak pertama paling wajar untuk anak muda terutamanya wanita mesti celik politik negara.
“Mereka kena faham hala tuju PAS adalah sebuah parti Islam yang dinamik dalam bergerak langkah.
“Buang sentimen lama yang ada dalam minda kita sebagai wanita terengganu tidak amik cakna tentang perkembangan semasa,” tambah Zakiyah.
Selain itu, anak muda terengganu mestilah sentiasa peka dan berganding bahu untuk memajukan Terengganu.
“Wanita Terengganu wanita yang cerdik pandai serta berilmu,” katanya lagi.