Home Berita PAS Sarawak

Hadapi Cabaran Perjuangan Dengan Ilmu

845
SHARE

MIRI, 29 Julai – Ilmu fardu ain dan kifayah perlu ditingkatkan setiap anggota jentera parti agar dapat melancarkan lagi usaha menyampaikan dakwah kepada mad’u.

Ahli Dewan Ulamak PAS Negeri Sarawak, Abu Mohd Zaid berkata, perkara itu menjadi prinsip dan indikator kepada gerakan PAS dalam menggerakkan agenda Islam dibawanya.

Malah ujar beliau, ia menentukan sama ada jamaah itu kekal dilandasan kebenaran atau telah sesat atau menyeleweng.

“Inilah asas menuju seruan menegakkan Islam dengan mengesakan Allah menuju keredaan-Nya sebagai matlamat utama.

“Allah akan meninggikan orang-orang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat,” ujarnya memetik ayat 11 surah al-Mujadilah itu semasa perbahasan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden.

Program melibatkan seluruh kawasan negeri Sarawak itu telah dirasmikan Setiausaha Agung PAS merangkap Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Dato’ Takiyuddin Hassan di Eastwood Valley, Miri sebentar tadi.

Beliau turut menegaskan kepentingan pelaksanaan usrah sebagai medan ilmu utama untuk diadakan secara istiqamah di setiap kawasan.

Ujarnya, usrah juga perlu dimantapkan bagi mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan penggerak bagi menghadapi cabaran masyarakat setempat.

 

{jathumbnail off}