Home Berita PAS Sarawak

Sarawak Atur Strategi Kemenangan

592
SHARE

MIRI, 29 Julai – Memastikan wehdatul fikr dan amal dalam kalangan jenteranya, PAS Negeri Sarawak telah menganjurkan Konvensyen Kemenangan PAS Sarawak (KOMPAS).

Ia telah dirasmikan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan di Eastwood Valley Golf & Country Club, di sini hari ini.

Seramai 160 peserta dari seluruh Bumi Kenyalang hadir termasuk dari Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari pelbagai kaum peribumi Sarawak.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofrie Jaraie dalam ucapannya mengingatkan peserta bahawa tugas dilakukan itu hakikatnya adalah suatu dakwah.

Sehubungan itu, akhlak Rasulullah adalah contoh ikutan untuk diterapkan dalam menyempurnakan taklifan tersebut.

Harapannya, dengan segala niat dan pendekatan dibawa, akan mampu sampai sasaran menarik masyarakat mendekati PAS.

Dalam majlis sama juga Ketua Penerangan, Ustaz Nasrudin Hassan turut membentangkan peraturan dan arahan semasa parti berdasarkan Ucapan Dasar Presiden PAS dari muktamar terbaharu.

{jathumbnail off}