Home Berita PAS Kelantan

Gotong royong pesisir pantai serentak di empat jajahan

170
SHARE

KOTA BHARU, 20 Mac: Program gotong royong pesisir pantai bertemakan “Pakat Jago Pata Kito” berlangsung serentak di empat jajahan yang memiliki pantai iaitu Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, dan Tumpat, semalam.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mengawal selia pantai berperanan penting dalam menjayakan program tersebut iaitu Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Majlis Daerah Bachok – Bandar Pelancongan Islam (MDB), Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan Majlis Daerah Tumpat (MDT).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr Izani Husin menzahirkan keterharuannya dengan penglibatan semua pihak dari segenap lapisan masyarakat dalam program yang julung kali diadakan.

“Perubahan sikap cinta pada kebersihan memakan masa dan perlu kepada kesungguhan dan didikan berterusan. Kita semua ialah duta dalam merealisasikan agenda Kelantanku Bersih. Teruslah sebarkan mesej kesedaran kebersihan ini kepada seluruh anggota masyarakat. Bagi meneruskan momentum kebersihan, Program Gotong Royong Mega Seluruh PBT Kelantan akan diadakan nanti,” katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak berkerjasama dan berharap program kebersihan seperti ini dilakukan secara berterusan.