Home Artikel PAS Melaka

Gotong royong perdana erat silaturahim kalangan Pemuda

684
SHARE

Oleh : ANAS ABDULLAH

KOTA MELAKA : Gotong royong perdana yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka di bawah Jabatan Amal Negeri Melaka berlangsung meriah dan lancar disini, kelmarin.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka Ustaz Bilal Rahuddin, gotong royong ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli PAS di Melaka khususnya Pemuda.

Selain itu, gotong royong ini juga diadakan bagi mencantikkan dan membersihkan semula Pejabat Perhubungan PAS Melaka oleh kerana sudah bertahun lama tidak diselenggara dengan baik kerana ada kekangan masa tidak dapat dielakkan.

Di samping itu, gotong royong ini juga akan diadakan secara berkala setiap bulan untuk mengekalkan keadaan pejabat seperti terus nampak indah.

Turut hadir bersama dalam program ini adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka Ustaz Abu Naufal,Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka Ustaz Afiz Yahya dan Pengarah Jabatan Amal Melaka, Abdel Wahab Taib.