Home Artikel PAS Pahang

Adun Beserah lawat tiga pesakit

261
SHARE

 

KUANTAN: Kehilangan upaya bukanlah menjadi pilihan seseorang, namun apabila ianya takdir sudah pasti tiada siapa dapat menolaknya.

 

Baru-baru ini, dalam lawatan rutin, Adun Beserah Andansura Rabu ke kawasannya, sempat menyantuni tiga keluarga yang diuji masalah kesihatandi Kampung Sungai Karang Darat, Parlimen Indera Mahkota.

 

Dengan diiringi Ketua Pemuda PAS Cawangan Sungai Karang Darat, Wan Nuramin Wan Fadzil, Andan telah melawat seorang pesara Jabatan Kesihatan Mat Yatim Awang Ngah, 64 tahun,  yang menghadapi masalah buah pinggang.

 

Beliau kini membuat rawatan dialisis sendiri di rumahnya di Sungai Karang dan mendapat bantuan kerusi roda masjid.

 

Mat Yatim memiliki lima orang anak dan bergantung sumber dengan pencen kerajaan.

 

Peskit kedua ialah Mohd Arif Hakimi Nordin, 35 tahun. Masalah jangkitan kuman akibat kecederaan tumit juga memaksa kaki anak muda ini terpaksa dipotong hingga paras lutut.

 

Beliau tinggal bersama ibunya dan kini sumber pendapatannya hanya bergantung kepada komisyen sebagai rakan kongsi dari syarikat yang diusahakan bersama sahabatnya sebelum ini yang mengusahakan penjualan peralatan hobi.

 

Komisyen yang diterima setakat ini antara RM400 ke 500 sebulan. Beliau yang belum berkahwin, belum mendapat mana-mana bantuan.

 

Seorang lagi yang sempat diziarahi ialah pesara guru Zainab  Ashar, 79 tahun yang menghadapi sakit tua.

 

Beliau ialah Muslimat As-Sabiqun.