Home Berita PAS Johor

Gotong-royong pembersihan rumah mangsa kebakaran Tebrau

158
SHARE

Oleh : Siti Nur Aisyah Az Zahra

Tebrau, 19 Januari: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Tebrau bersama warga Sekolah Rendah dan Menengah At Tahfiz (MITT) Taman Mawar Pasir Gudang telah bergotong royong membersihkan sisa kebakaran sebuah rumah di kampung Sentosa Jalan Damai Cahaya Baru, semalam.

Terdahulu, Yang Dipertua PAS Kawasan Tebrau Ustaz Khirul Muntanazar bersama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan serta Kelab Kebajikan Anak Tebrau telah menziarahi dan menyampaikan bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran tersebut.

Menurut Timbalan Komanden JAM Tebrau, Fauzi Adzahor, kerja-kerja pembersihan yang dijalankan dengan bantuan hampir 20 petugas itu berjaya membantu meringankan beban tuan rumah.

“Kita telah membersihkan sisa perabot dan sampah barangan di setiap ceruk rumah yang hampir 90% dijilat api dan hanya meninggalkan sebahagian dinding batu asas dan tapak rumah sahaja.” Ujar Fauzi.

Sebagai langkah tindakan susulan, pihak MITT akan menampung kos dan membantu kerja-kerja pembaikan semula bumbung yang telah rosak.

PAS Kawasan Tebrau turut membuka uncang sumbangan untuk meringankan beban tuan rumah yang juga merupakan aktivis masyarakat ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam (01087010068909) atas nama Kelab Kebajikan Anak Tebrau dengan rujukan: Kebakaran Cahaya Baru.