Home Artikel PAS Melaka

Gotong-royong Muafakat Nasional JPrD Klebang

267
SHARE

Oleh : Kamil Saufee

TANGGA BATU, 5 September : Telah berlangsung Program Gotong-royong Muafakat Nasional (MN) anjuran Jabatan Pilihanraya Dun (JPrD) PAS Klebang bersama Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Rambai di Kampung Paya Mengkuang di sini, pagi tadi.

Menurut Pengarah JPrD PAS Klebang, Isa Jantan, program yang berlangsung di sekitar Paya Mengkuang, Bukit Rambai ini bertujuan membersih dan meningkatkan keceriaan persekitaran.

“Diharapkan program ini dapat menjadi contoh kepada masyarakat setempat di masa akan datang dalam memastikan kebersihan setempat dapat dijaga.” ujar beliau.

Program ini yang juga merupakan salah satu aktiviti dari Sambutan Bulan Kemerdekaan 2020 PAS Kawasan Tangga Batu ini turut mendapat kejutan dengan kehadiran Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin.

Turut hadir dalam program ini Pengerusi JPKK Bukit Rambai, Mohd Asri, ahli-ahli jawatankuasa JPRD Klebang dan penduduk setempat.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)