Home Artikel PAS Sabah

Kupi-kupi PAS Papar dengar masalah masyarakat

325
SHARE

Oleh: Natasya Samsure

5 September 2020

PAPAR: PAS Papar telah mengadakan sebuah program ‘santai kupi-kupi’ bersama masyarakat setempat di gerai Kampung Kuala baru-baru ini.

Program ini bertujuan untuk mendengar permasalahan dan keluh kesah masyarakat berkaitan dengan permasalahan yang telah dihadapi.

Turut hadir dalam program tersebut, Ustaz Adsman Jupri, Ketua Urusan Ulama PAS Papar dan Penyelaras DUN Pantai Manis bersama Hendri Hamsah, Ketua Pemuda PAS Papar dan beberapa ahli PAS Papar yang lain .

Menurut Ustaz Adsman, pelbagai inisiatif boleh dilakukan untuk masyarakat setempat khususnya penduduk sekitar Kampung Kuala.

Tambahnya, PAS Papar menzahirkan rasa syukur atas penerimaan masyarakat setempat dan mendoakan agar hubungan dan kedamaian seperti ini dapat diteruskan sekali gus menjadi titik pertemuan dalam membina ukhuwah dan silaturahim.

Beliau turut mengedarkan pelitup muka kepada masyarakat yang ditemui bagi mengelakkan penularan wabak pandemik Covid-19.