Home Berita PAS Kedah

Golongan OKU disantuni

79
SHARE

ANAK BUKIT – Skuad Upaya OKU Kedah dengan kerjasama Pusat Khidmat Penyelaras DUN Anak Bukit turun padang bagi menyantuni golongan OKU di sekitar DUN Anak Bukit.

Tugas yang diamanahkan oleh kerajaan ini telah disalurkan kepada masyarakat khususnya buat golongan OKU sekitar negeri Kedah.

Selain itu, tujuan program ini diadakan bagi melihat dan mendengar keluhan masalah dihadapi golongan yang mengalami masalah kesihatan, Orang Kurang Upaya (OKU).

Program santuni golongan OKU ini mendapat reaksi positif daripada masyarakat setempat. Ini dapat dibuktikan lagi setelah kunjungan yang dilaksanakan itu disambut baik oleh keluarga & jiran sekampung.

Tuan Rashidi Abd Razak selaku penyelaras DUN sudi untuk mengiringi Ustaz Mohd Faizal Yusuf, pegawai khas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita & Masyarakat.

Turut serta ialah saudara Faisol merangkap ketua Skuad Upaya OKU Kedah.