Home Berita PAS Wilayah

Golongan B40 terima bantuan PAS Setiawangsa 

1070
SHARE

Golongan B40 terima bantuan PAS Setiawangsa

WANGSA MAJU – PAS Kawasan Setiawangsa telah menjalankan Program Sumbangan Barangan Dapur kepada B40, di sekitar Seksyen 10 Wangsa Maju, kelmarin.

Penerima sumbangan terdiri daripada rakyat yang tergolong dalam kumpulan B40 dan mereka yang terjejas mata pencarian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Sumbangan barang keperluan dapur seperti beras, gula, tepung, minyak dan makanan lain telah disampaikan oleh Ketua Penyelaras Program, Ustaz Ubaid Akla dan Penyelaras Zon Wangsa Maju, Yusof Abdul Rahman.

Menurut sumber, PAS Kawasan Setiawangsa sedang giat mengumpulkan data dan informasi keluarga yang memerlukan sumbangan kerana masih ramai yang memerlukan bantuan makanan ekoran dari kehilangan sumber pendapatan sepanjang tempoh PKP ini.

Sebarang sumbangan kewangan amat dialu-alukan dan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam PAS Setiawangsa 12113010064453.