Home Berita PAS Kelantan

Gerbang Az-Ziwaaj bermakna buat pasangan baru kahwin

334
SHARE

Oleh SUHAIZI KADIR

JELAWAT, 27 Sept: Pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat menerima RM1,000 melalui SKim Gerbang Az-Ziwaaj.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat, YB Abdul Azziz Kadir memaklumkan pemberian sumbangan ini amat bermakna kepada mereka sebagai perangsang memulakan kehidupan baharu yang lebih baik di alam rumah tangga.

“Untuk fasa ini, ada sembilan pasangan layak menerimanya dan sumbangan sedang dihulurkan dari rumah ke rumah” katanya ketika dihubungi.

Beliau memilih konsep ziarah sebagai inisiatif turun padang untuk melihat sendiri keadaan rakyat sambil mengucapkan tahniah dan berdoa kepada pasangan yang baru berkahwin semoga beroleh zuriat dan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.