Home Berita PAS Melaka

Gerai Prihatin PN diserbu, usaha serius bantu rakyat – Bakri

231
SHARE

Oleh ANUAR IBRAHIM

TANGGA BATU, 7 Sept: Perlaksanaan program Gerai Prihatin Rakyat yang mendapat sambutan hangat daripada orang ramai sebenarnya adalah satu usaha serius kerajaan Perikatan Nasional (PN) membantu rakyat.

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Negeri Melaka, Bakri Jamaluddin kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) semasa berlangsungnya program tersebut di Taman Tanjung Minyak Perdana, di sini, kelmarin.

“Saya melihat ini satu usaha serius Kerajaan Perikatan Nasional untuk membantu meringankan bebanan rakyat dalam keadaan pandemik sekarang ini.

“Semoga dengan program seumpama ini dapat dijalankan secara berkala supaya dapat membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

“Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran semua pembeli untuk mendapatkan barang keperluan yang disediakan, ini adalah salah satu cara untuk membantu kita semua selaku Keluarga Malaysia” ujar beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu.

Gerai Prihatin Rakyat yang berlangsung di Taman Tanjung Minyak Perdana ini meneruskan penjualan makanan basah yang terdiri daripada ayam, telur dan kentang yang dijual pada harga RM10 satu set dilaksanakan secara pandu lalu.

Program yang dicetuskan oleh Pengerusi PN Melaka, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen ternyata mendapat sokongan penuh daripada masyarakat setempat.

Rafiq yang turut hadir pada majlis tersebut, sempat beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.

Selain Rafiq, turut hadir di dalam program ini ialah Ketua Bahagian Parti Gerakan Kawasan Tangga Batu, Wang Kock Lii, serta barisan ahli jawatankuasa daripada PAS, Bersatu dan Gerakan.

Meskipun terdapat banyak kenderaan yang hadir, keadaan lalu lintas terkawal dengan bantuan RELA, Jabatan Amal Malaysia (JAM) Tangga Batu dan pihak polis yang bertugas.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.