Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 295 kes positif, 6 kes kematian baharu

123
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 6 Sept: Sebanyak 295 kes positif dan enam kes kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Melaka, daripada 295 kes positif baharu yang direkodkan hari ini, 288 kes adalah daripada kategori kes tempatan, tujuh kes daripada kategori kes import B dan tiada kes daripada kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 86 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 88 kes di Daerah Jasin dan 121 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 309 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 7293 kes masih dirawat dengan 70 kes adalah daripada kes ICU dan 22 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Kes kematian

Menurut JKN Melaka, daripada keseluruhan enam kes kematian hari ini, sebanyak lima kes direkodkan di Daerah Melaka Tengah melibatkan empat mangsa wanita berumur 40, 46, 61 dan 64 tahun dan seorang mangsa lelaki berumur 51 tahun.

Sementara satu kes kematian lagi direkodkan di Daerah Jasin melibatkan mangsa wanita berumur 86 tahun.

Laporan kluster

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Kes seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan seramai 15.9 juta rakyat Malaysia telah mengambil satu doz vaksin sementara 20.5 juta pula telah mengambil dua doz lengkap sehingga semalam.

KKM juga melaporkan sebanyak 17,352 kes positif baharu, 272 kes kematian baharu dan 20,201 kes sembuh baharu turut direkodkan hari ini.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sebanyak 252,668 kes aktif semasa direkodkan sementara keseluruhan kes jangkitan terkumpul dicatatkan di Malaysia hari ini berjumlah 1,862,187 kes.

Hari ini Sarawak pula mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 3714 kes, diikuti rapat oleh Selangor yang mencatatkan 2126 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.