Home Berita PAS Terengganu

Gempa Bumi Turkiye: PAS rakam ucap Takziah

62
SHARE

KUALA TERENGGANU – PAS merakamkan ucapan takziah atas kejadian gempa bumi yang berlaku di selatan Turkiye mengakibatkan kemusnahan harta dan kematian.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat, YB Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, akibat bencana alam itu mengakibatkan ramai rakyatnya meninggal dunia.

“Sehingga saat ini dilaporkan sekurang – kurangnya 76 orang telah terkorban manakala lebih 440 orang cedera.

“Dan dilaporkan kekuatan gegaran gempa bumi yang melanda Turkiye turut dirasai sehingga ke Syria dan Lubnan,” jelasnya.

Beliau yang juga ADUN Batu Buruk berkata demikian dalam laman facebooknya pada hari ini.

Menurutnya, beberapa kawasan yang terjejas ialah di Gaziantep, Osmaniye, Malatya, Adiyaman, Diyarbakir, Adana, Kilis dan Sanliurfa.

“PAS sedang bersiap sedia untuk menggerakkan misi kemanusiaan berikutan kejadian gempa bumi yang melanda Turkiye,

“Yang akan dikoordinasi PASRelief sebagai Pusat Koordinasi Bantuan Bencana untuk menerima segala bentuk sumbangan dan bantuan bagi menjayakan misi kemanusiaan tersebut,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menyeru orang ramai agar sama-sama membantu menghulurkan sumbangan dan bantuan mangsa gempa bumi di Turkiye.

“Semoga Turkiye dan warganya dilindungi dan dirahmati Allah SWT,” tambah beliau.