Home Berita PAS Kedah

Gembira dapat baju raya Aidilfitri tahun ini!

200
SHARE

Oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 28 MAC – Keceriaan jelas terpancar pada wajah 30 anak-anak yatim yang menerima sumbangan baju raya semalam.

Sempena menyambut Syawal dan merebut keberkatan Ramadan, Mydin Taman Batik, Sungai Petani menganjurkan satu program Iftar Perdana. Dalam masa yang sama pihak Mydin turut menjemput Anak Yatim Agensi Kerajaan Daerah Kuala Muda untuk bersama dalam iftar tersebut sekaligus menerima sumbangan baju raya daripada mereka.

Sejumlah RM2739.00 berupa Baju Raya telah diperutukkan kepada anak-anak yatim tersebut. Kelihatan pelbagai telatah dan gelagat comel mereka ketika memilih pakaian raya seperti baju, songkok, sampin, kasut dan tudung.

Program yang bermula pada jam 6.45 petang itu dimulai dengan bacaan doa majlis dan disempurnakan oleh YB YB Ustaz Haji Ahmad Fadzli bin Hashim S.D.K Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah merangkap ADUN Pantai Merdeka.

Beliau mengharapkan agar Aidilfitri tahun ini dapat disambut dengan penuh kecerian dan kegembiraan.

Turut bersama, En Azmin Bin Dato’ (Dr) Hj Saduruddin dan Dato’ (Dr) Hj Saduruddin Bin Gulam Husen.

Penganjuran prog seperti ini patut dipuji. Hal ini kerana banyak kelebihan orang yang menjaga anak yatim sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ

Maksud: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”. [Riwayat Muslim, (2983)].