Home Berita PAS Kedah

Hampir 70 buah rumah terjejas akibat ribut kuat di Kedah

184
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 28 MAC – Hampir 70 buah rumah terjejas akibat ribut kuat diikuti dengan hujan lebat petang semalam.

7O buah rumah yang terkesan tersebut terdiri daripada 26 buah rumah di Dun Bukit Lada, 5 buah di DUN Bukit Pinang dan  kira-kira sebanyak 34 buah rumah turut terkesan di Yan iaitu di Sala dan Kuala Sungai Limau.

Daripada jumlah tersebut dijangkakan lebih 10 buah rumah yang mengalami kerosakkan teruk. Walaubagaimanapun angka  yang dilaporkan setakat ini masih belum rasmi!

Perkara ini telah mendapat perhatian daripada ADUN, Ahli Parlimen dan team PKWR di setiap tempat yang terkesan. Sejurus mendapat perkhabaran kejadian ribut tersebut, YB Ustaz Azam ADUN Sungai Limau,  dan YB Ustaz Salim Mahmood, ADUN Bukit Lada sempat menziarahi beberapa mangsa yang terkesan.

Menurut YB Ustaz Azam, beliau  menyatakan bahawa pihak beliau telah melakukan perbincangan awal  bagi merekodkan dan melaporkan bilangan mangsa yang terlibat untuk diambil tindakan awal. Hal ini tidak lain bertujuan untuk mengurangkan beban mangsa.

Katanya juga kerja-kerja penilaian akan dilaksanakan pada awal pagi hari ini.

“Insyaa Allah, kita akan cuba bantu sedaya mungkin mangsa yang terlibat serta jenis bantuan segera yang boleh dihulurkan. Kerja-kerja penilaian kerosakan insyaa Allah akan dilaksanakan awal pagi esok oleh team pejabat Daerah Yan.” Ujarnya.