oleh: NOR FATIN
ALOR SETAR, 13 JUN 2023 – Penyokong di luar jangkaan pada setiap program PAS dan Perikatan Nasional bukti gelombang anak muda sokong Perikatan Nasional dan pertahan Sanusi sebagai MB Kedah adalah nyata dan bukan fantasi seperti yang digembar-gemburkan pihak lawan .
Kita lihat sendiri di media sosial utama anak muda iaitu TikTok, trend kehadiran anak muda dan sokongan mereka dalam program konvoi yang sudah dilaksanakan di beberapa kawasan seperti Baling, Sik, Pendang dan baru-bari ini di Sungai Petani itu amat menggalakkan!
Bahkan gelombang itu tidak hanya berlegar dalam kalangan orang muda, tetapi menyeluruh pada semua peringkat umur! Malah gelombang ini turut tersebar di enam Negeri yang turut akan menjalani Pilihanraya dengan trademark masing-masing seperti penangtrykalih, ppkat pertahan di Kelantan, Terengganu Teguh Pertahan, seterusnya Negeri Sembilan kita uboh dan Selangor Baharu. Semuanya telah dibuktikan dengan kehadiran yang amat luar biasa daripada penyokong PAS dan PN.
Nasrun Othman, Ketua Pemuda PAS Kedah mengakui bahawa gelombang berkenaan tersebut bukan sahaja dapat dilihat di negeri Kedah namun turut berlaku di negeri-negeri lain.
“PN diyakini akan kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Merdeka dan Sidam dalam kawasan Parlimen Sungai Petani, seterusnya merampas kembali DUN Bakar Arang pada PRN nanti,” katanya ketika melancarkan Jentera Pilihanraya Pemuda PN dan Santai Anak Muda (Samudera) Parlimen Sungai Petani pada Ahad yang lepas.
Pada waktu yang sama satu Himpunan #Solidariti4Sanusi turut diadakan sebagai tanda sokongan anak muda kepada Menteri Besar Kedah dan berharap agar PN terus diberi kepercayaan memimpin negeri ini selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).