Home Kenyataan Media PAS Kedah

Gagasan Penyatuan Ummah Jamin Kestabilan Politik Negara

137
SHARE

 

 

Seruan penyatuan ummah ini bukanlah baru dan asing dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.Bahkan ianya seiring dengan matlamat dan objektif penubuhan serta perjuangan PAS.

Justeru itu,PAS Kawasan Baling sentiasa bersama dan bersedia melaksanan apa jua yang diputus dan diarah oleh kepimpinan tertinggi parti.Kami sentiasa wala’,siqah serta istiqamah bersama jamaah.

Gagasan Penyatuan Ummah yang diterajui PAS adalah yang terbaik bagi menjamin kestabilan politik dan keamanan negara.Dalam masa yang sama PAS Baling bersama kepimpinan menolak “Khemah Besar” yang dicanangkan kerana ianya satu perancangan yang licik musuh menyekat kebangkitan Islam dan ummah.

USTAZ HASSAN BIN SAAD

YDP PAS KAWASAN BALING

“ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”